SHANGHAI - 35 orang dilaporkan mati ditempat kejadian, manakala 42 lagi mangsa mengalami kecederaan di malam sambutan tahun baru 2015 malam tadi.
Lapor Xinhua News, dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.35 malam (waktu tempatan) itu menyaksikan orang ramai berebut-rebut mengambil wang kertas yang dibuang dari tingkat atas sebuah bangunan berhampiran.
Insiden itu berpunca dari tindakan seorang individu yang melemparkan wang kertas dari atas bangunan lalu menyebabkan orang ramai berebut-rebut mengutip wang kertas itu tanpa menyedari ianya adalah wang palsu.
42 mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Umum Shanghai untuk rawatan.
Kebanyakan mangsa yang cedera adalah golongan pelajar dan Presiden Xi Jinping telah mengarahkan siasatan segera dijalankan berkenaan insiden malam tahun baru itu. - THE HYPE MEDIA






Comments
Post a Comment